STATUS UPDATED!
13/06/2017 BUSY BILA DAH START KERJA..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

kenapa auto-publish kan Post entry?


Assalalammualaikum dan salam sejahtera

Persoalannya..kenapa buat auto publish? kenapa tak buat yang biasa-biasa ja..ada idea post la kan..tapi Mira ni kekadang datang malas tu teruk sangat..so nak jadikan blog ni sentiasa berjalan setiap minggu Mira buat setiap minggu satu post entry..itu pon cukup la..idea tak banyak sangat..tapi boleh la kan sekadar tak nak blog ni sunyi sepi..

Idea ni kekadang datang mencurah-curah...kadang-kadang kering kontang tak ada idea lansung nak menaip ni..sementara ada benda nak tulis..Mira tulis..Mira tulis post ni pada 27/4/2017 ya..tak tahu bila Mira nak post yang ini..mungkin dalam bulan puasa Mira akan post...sebab dah ada turn yg lain post dulu..sangat hambar..hahaha

pada hujung bulan 6 ni pula akak Mira nak melangsungkan Perkahwinan..so mungkin lagi sibuk la time puasa tuh..majlis tu hari Raya ke 5 kalau tak silap..lagi la tak dan nak updated..nak melayan sanak sedara yang datang lagi kan..harap semuanya berjalan dengan lancar sudah lah yea..doa-doakan lah yea..sekian saja..tak ada benda nak tulis...bye.. 😅😆


JERAM CAMPSITE BEST


Assalammualaikum dan salam sejahtera


Buat pertama kali aku join kem survival ni under kokurikulum Pertahanan Awam dekat UiTM ni memang best habis la..memang survival habis..semuanya sendiri..nasib tak duduk dalam hutan ja..sebab nak belajar kan..ada la sumber air dan elektrik tu sikit-sikit..tapi pengalaman tu tak boleh di ungkapkan lah..sekadar gambar sebagai memori semasa disana..enjoy.. :)

semasa sesi pengenalan

surau..walaupun tidak berdinding tapi selesa untuk menunaikan solat


kawasan tapak perkhemahan

 
 
 
nak makan kena masak sendiri..tak sedap belakang kira..janji perut terisi..
ni part memasak dalam hutan..mencabar sikit.sebab time ni tengah musim hujan..tanah lembab dan susah nak nyalakan api..dan satu lagi..banyak pacat oww..haha..

dan penat memasak..time makan la pulak..makan dalam kumpulan yeaaaa!!


antara aktiviti dan pembelajaran paling best ialah berkayak..perghh..tak ada latihan atau apa..terus je berkayak dengan air yang deras sebab musim hujan kan,,faham jelah kan..tapi best..Mira yang bertudung pink/merah tu..huihui

antara aktiviti atau pembelajaran yang dipelajri semasa kem ni

pertunjukan untuk malam tahun baru..ya kami sambut tahun baru dekat kem ni..tapi suasana nya masya Allah best yang amat..tak sempat n takada gambar la pulak..ni ja yang ada..


ujian akhir dan majlis penutup yang di pengerusikan oleh penghulu dan penghuluwati semasa kem ni..tamat lah sudahh

😍😍