STATUS UPDATED!
13/06/2017 BUSY BILA DAH START KERJA..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

kenapa auto-publish kan Post entry?


Assalalammualaikum dan salam sejahtera

Persoalannya..kenapa buat auto publish? kenapa tak buat yang biasa-biasa ja..ada idea post la kan..tapi Mira ni kekadang datang malas tu teruk sangat..so nak jadikan blog ni sentiasa berjalan setiap minggu Mira buat setiap minggu satu post entry..itu pon cukup la..idea tak banyak sangat..tapi boleh la kan sekadar tak nak blog ni sunyi sepi..

Idea ni kekadang datang mencurah-curah...kadang-kadang kering kontang tak ada idea lansung nak menaip ni..sementara ada benda nak tulis..Mira tulis..Mira tulis post ni pada 27/4/2017 ya..tak tahu bila Mira nak post yang ini..mungkin dalam bulan puasa Mira akan post...sebab dah ada turn yg lain post dulu..sangat hambar..hahaha

pada hujung bulan 6 ni pula akak Mira nak melangsungkan Perkahwinan..so mungkin lagi sibuk la time puasa tuh..majlis tu hari Raya ke 5 kalau tak silap..lagi la tak dan nak updated..nak melayan sanak sedara yang datang lagi kan..harap semuanya berjalan dengan lancar sudah lah yea..doa-doakan lah yea..sekian saja..tak ada benda nak tulis...bye.. 😅😆


JERAM CAMPSITE BEST


Assalammualaikum dan salam sejahtera


Buat pertama kali aku join kem survival ni under kokurikulum Pertahanan Awam dekat UiTM ni memang best habis la..memang survival habis..semuanya sendiri..nasib tak duduk dalam hutan ja..sebab nak belajar kan..ada la sumber air dan elektrik tu sikit-sikit..tapi pengalaman tu tak boleh di ungkapkan lah..sekadar gambar sebagai memori semasa disana..enjoy.. :)

semasa sesi pengenalan

surau..walaupun tidak berdinding tapi selesa untuk menunaikan solat


kawasan tapak perkhemahan

 
 
 
nak makan kena masak sendiri..tak sedap belakang kira..janji perut terisi..
ni part memasak dalam hutan..mencabar sikit.sebab time ni tengah musim hujan..tanah lembab dan susah nak nyalakan api..dan satu lagi..banyak pacat oww..haha..

dan penat memasak..time makan la pulak..makan dalam kumpulan yeaaaa!!


antara aktiviti dan pembelajaran paling best ialah berkayak..perghh..tak ada latihan atau apa..terus je berkayak dengan air yang deras sebab musim hujan kan,,faham jelah kan..tapi best..Mira yang bertudung pink/merah tu..huihui

antara aktiviti atau pembelajaran yang dipelajri semasa kem ni

pertunjukan untuk malam tahun baru..ya kami sambut tahun baru dekat kem ni..tapi suasana nya masya Allah best yang amat..tak sempat n takada gambar la pulak..ni ja yang ada..


ujian akhir dan majlis penutup yang di pengerusikan oleh penghulu dan penghuluwati semasa kem ni..tamat lah sudahh

😍😍

Senarai laman webs Movie TERBAIK!


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mira nak share sikit senarai laman webs yang terutama sekali peminat tegar movie boleh tengok dengan senang hatinya..walaupun dah ramai yang tahu..Mira nak share jugak.. 😙 dah tengok jangan lupa berikan respon dibawah..mana tahu sedikit sebanyak membantu dan kalau ada nak tambah pun boleh komen dibawah ya..sama-sama berkongsi.. terima kasih




Download/Streaming Asian Drama/Movie/Show

Streaming Movie/Drama

Lain-lain


p/s : laman webs Mira bagi ni selalu berubah tau..so kena selalu up to date sikit..buat masa sekarang semua laman webs ni boleh dicari lagi 

Course Outline for Actuarial Science


Assalammualaikum dan salam sejahtera

makin kemain rajin nak updated..aceceh..untuk post kali ni just ringkas-ringkas n nak share serba sedikit tentang course code yang akan dipelajari kepada yang sambung belajar dalam Diploma in Actuarial Science..minta maaf sebab post Mira memang dalam Bahasa Melayu ye..boleh nak omputih takot nak sampai lain faham lain..haha..bagai ayam bercakap dengan itik ja nanti..

Mira sekarang pon baru sahaja habis sem2..so Mira boleh ceritakan sampai semester 2 saja lah..kalau untuk sem 3 keatas mungkin sikit-sikit based on pengetahuan or dengar-dengar macam tu je la..


gitu hah senarai course code yang kena ambil dari sem1 hinggalah sem5..untuk 2 sem ni alhamdulillah semunya tak berat sangat sebab daripada senior-senior actuary sendiri cakap untuk sem1 hingga sem3 ni semuanya basic saja..just nak remind balik ja..tapi bila masuk sem4 or part4 ni baru mula la cabaran dia sikit..tak la sikit..banyak la jugak..haha..sebab time tu barulah lebih kearah actuary ni..boleh dikatakan actuary ni belajar semua benda,,sebab tu ambil masa 3 sem untuk belajar banyak basic..bila dah masuk sem4&5 baru gabungkan balik basic tu..if tak silap la..

Yang elective tu khususnya kepada subjek CTU dan HBU.. CTU ni agama n HBU ni kokurikulum..dan dua-dua subjek ni sahaja yang fully bahasa Melayu okay..so yang lain semuanya fully in Inggeris.. untuk manusia bernama Amirah ni memang susah tertaktih-taktih la sebab darri menengah belajar bm tetiba masuk U fully Bi kan..tersengguk jugak hahaha..so takpa..nanti korang yang jarang guna bi tu akan pandai sendiri sebab dikelilingi kawan and tempat tu sendiri..jangan risau k..yang memamng azali pandai Bi tu tahniah la..anda tak la struggle sangat nanti..

Buat masa sekarang ni ramai senior cakap actuary subjek killer ialah FM iaitu Financial Mathematics yang akan belajar time sem4..ramai repeat paper ni jgk..uihh  berdebor aihhh..takut rasanya,,,tapi takpa..insya Allah kalau fakus dan banyak buat latihan boleh..nak sedapkan hati..huhu..

Tak tahu nak terangkan apa sangat,,nak terang satu-satu macam banyak la pulak..so kalau ada soalan atau pertanyaan boleh bertanya di komen dibawah atau emailkan ke amirahazman78@gmail.com untuk fast respond..insya Allah,,

ps ; kepada junior yang mahukan notes terutama sekali yang dapat tawaran ke UITM Cawangan Perak Kampus Tapah tu bolehlah contact Mira ke amirahazman78@gmail.com ye..nota banyak sangat sayang nak buang..dan nak pinjam buku pon boleh sebab buku kebanyakan nye RM100 keatas..kepada yang tidak kemampuan tu boleh saja contact Mira.. 😊

Gap Year Telah dilaksanakan


Assalammualaikum dan salam sejahtera

ha ada dengar tentang program Gap Year ni tak? ada tak? meh sini nak cerita tapi Mira just copy paste dari http://afterschool.my/ sebab benda Fakta .. takut ayat sendiri melencung ke lain pulak..haha

Apa itu Gap Year? Program Gap Year merupakan program yang dilaksanakan buat pertama kalinya di United Kingdom pada tahun 1970. Gap year boleh dikatakan sebagai pemberian “tempoh rehat” iaitu selama 7 hingga 8 bulan kepada pelajar selepas peperiksaan akhir dan sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya. Tujuan pelaksanaan program itu di UK pada awalnya adalah untuk memastikan pelajar mendapat rehat yang secukupnya sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya.
Dengan tempoh gap year yang panjang ini, pelajar di UK mempunyai masa yang cukup untuk menimba pengalaman sama ada pengalaman kerja, menjadi sukarelawan, melancong atau apa sahaja yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka. Selepas kembali semula daripada cuti panjang tersebut, majoriti dalam kalangan mereka dilihat lebih berfikiran matang, berdikari sekali gus dilihat memberi nilai tambah sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar kelak.
idrisjusoh111114tminazirsufari01
Melihat kepada manfaat tersebut, negara kita turut mahu melaksanakan program gap year ini. Cadangan pelaksanaan ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Jika di UK tempoh “cuti panjang” ini 7 hingga 8 bulan, di Malaysia ianya dijangka selama setahun. Setakat ini, 8 universiti sudah mengesahkan untuk melaksanakan program gap year ini iaitu Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknlogi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau bagaimanapun, mahasiswa di universiti yang terlibat perlu menamatkan dahulu pengajian pada tahun pertama. Maka, hanya pelajar pada tahun kedua dan ketiga sahaja yang terlibat dalam program gap year ini.
Di Malaysia, konsep dan tujuannya adalah sama iaitu pelajar boleh memilih untuk menentukan sendiri apakah yang ingin dilakukan oleh mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan mengalakkan pelajar mendaftarkan nama mereka untuk menyertai khidmat sukarelawan sama ada dalam atau luar negara misalnya menjadi tenaga pengajar di kem pelarian di luar negara selain menyertai kerja sukarela bersama pihak polis, imigresen dan kastam dan sebagainya. Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan fikiran mahasiswa dan menambah pengetahuan sekali gus bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
DSC00642
Oleh itu, kepada anda yang bakal atau sudah bergelar mahasiswa di universiti berkenaan, inilah peluang anda untuk memanfaatkan gap year dengan aktiviti yang berfaedah yang tentunya akan memberi nilai tambah kepada anda kelak. Sebagai cadangan, apa kata anda memanfaatkan “tempoh rehat” itu dengan mengikuti program kemahiran?. Anda tentu tidak akan rugi kerana industri hari ini memerlukan pekerja yang berkemahiran. Tanpa kemahiran tertentu sukar untuk anda memperolehi pekerjaan. Jika di universiti anda hanya belajar mengenai teori selain sibuk dengan kuliah, tugasan dan sebagainya. Kini ada berpeluang untuk memperolehi ilmu dua dalam satu iaitu ilmu kemahiran dan ilmu teori. Bagus bukan?

Cuba anda lihat sekarang berapa ramai siswazah lepasan universiti yang menganggur?. Tetapi jarang sekali kita mendengar pelajar lepasan kemahiran menganggur. Ini kerana, jika mereka tidak memohon pekerjaan mereka sendiri yang menjadi majikan. Oleh itu, inilah masanya untuk anda menimba ilmu kemahiran. Anda tentunya akan menjadi pilihan majikan sekiranya anda mempunyai kemahiran atau selepas menamatkan pengajian kelak anda boleh membuka menjalankan perniagaan sendiri mengikut kemahiran yang dimiliki.
IMG_2740
Bagi anda yang mungkin berminat dengan cadangan kami, di sini kami kongsikan institusi kemahiran yang menyediakan latihan kemahiran kepada anda antaranya adalah Institusi Latihan Perindustrian, KEMASGiat MaraJabatan Pembangunan Manusia, Pusat Latihan pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), kursus kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademik Kemahiran Belia Golf) dan banyak lagi. Klik pada pautan berwarna biru untuk melihat kursus apa yang ditawarkan, tempoh latihan, syarat kelayakan dan sebagainya.
ASE0005
Walau apa sahaja rancangan untuk memenuhi masa sepanjang gap year tersebut, pastikan ianya benar-benar memberi manfaat agar masa yang diberikan tidak terluang begitu sahaja. Sekiranya anda berniat untuk melancong, kami cadangkan anda ke tempat-tempat bersejarah di mana anda boleh belajar sesuatu dan boleh dijadikan pengalaman berguna dalam hidup anda. Selamat bergap year!

Artikel dari Surat Khabar/website yg lain


Merdunya suara Haqiem Rusli


Assalammualaikum dan salams sejahtera

Tetiba terasa bosan dan bukan tetiba pon..memang bosan sebab sekarang tak mula kerja lagi dan memang kerja membuta ja..tak membuta layan media sosial la kan..so disebabkan suka layan youtube tengok la video-video yang si Haqiem Rusli ni nyanyi..masya Allah,,merdunya suara dia..ingat lagi masa idola kecil haritu..kiut je..dah besar macho habis...hahaha..Mira bukan fanatik mana pon..just worth it la kalau nak dengar dia ni nyanyi..itu pendapat Mira,,n baru-baru ni dia ada keluarkan lagu kedua Tergantung Sepi selepas lagu pertama iaitu Segalanya .. lagu kedua ni pon boleh tahan jugak..dekat bawah ni Mira ada sertakan Official Lyric Video untuk lagu ni..tak sabar nak tunggu Official Video ni..huhu..layan dulu okay..bye.. 😍




Tolong : Masalah untuk follow

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali mira nak minta maaf sangat-sangat sebab butang follow mira buat hal untuk follow blogger yang lain..pernah jadi masa dulu tapi dah okay dan sekarang buat hal lagi..minta maaf buat masa skrang mira tak dapat nak follow sesiapa pun..sob sobbb 😭 .. dan kepada sesiapa yang tahu cara nak betulkan balik tlong komen ya..pertolongan anda sangat diperlukan.. 

dia akan keluar macam ni setiap kali tekan butang follow dekat blogger lain