STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

AGEN DROPSHIP ?


Assalammualaikum dan salam sejahtera
hari ni nak story-story sikit tentang dropship..dan Mira antara salah seorang AGEN DROPSHIP untuk beberapa perniagaan .. nak tahu boleh terus ke INSTAGRAM ye.. :)

Mira jadi agen pon sebab nak tambahkan pendapatan yang sedia ada..nak buka bisnes tu tak mampu lagi la..sekadar promote-promote macam tu saja boleh la kan..lagipun Mira berminat bab-bab meniaga ni..keluarga pun memang berniaga kan..

okey teruskan info tentang dropship ini ye.. :)

KAEDAH DROPSHIP

Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?   


Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship :
1. Promot produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)
2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda
3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran
4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.
5.  Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.

0 000 Pengomen Setia :