STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Motivasi Pelajar SUPER (penting untuk BERJAYA)



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kita telah berbincang tentang kemampuan otak kita yang sangat hebat yang mampu memberikan kita kuasa untuk memahami semua subjek,buku teks,latih tubi,teknik , formula, teori, data, statistik, rajah dan carta . Tetapi mengapa sehingga sekarang kita masih lagi lemah tidak berdaya dan seolah-olah berasa tidak mampu untuk belajar..lebih-lebih lagi subjek yang korang kurang minati..kenapa ya?? Bagi menjawab soalan ini mari kita baca penjelasan oleh En Fadzli Yusuf di dalam buku Motivasi Pelajar SUPER.

Pernahkah anda menonton cerita Superman ataupun Smallville ( kisah ini hanyalah dongeng dan rekaan,saya sekadar hendak memudahkan kefahaman anda ) Anda tahu betapa hebatnya kuasa Superman,bukan begitu? dia boleh terbang,mengangkat kapal terbang, menembak dengan laser mata, menahan peluru, dan segala macam kuasa super boleh menyelamatkan dunia.
Setiap orang ada "KUASA SUPER" dalam diri mereka,begitu juga anda.Tetapi kuasa tersebut dilemahkan oleh perisian-perisian negatif yang wujud dalam minda kita.Perisian-perisian negatif ini boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa dan potensi sebenar kita.Macam Superman ,kuasa Superman tidak akan berfungsi apabila berdekatan dengan sejenis batu permata.Adakah anda tahu nama batu itu?

Saya percaya,ramai yang tahu apakah jawapannya, (Siapa kata anda lemah memori) Ya,Superman akan hilang kuasa jika berada dengan batu Kriptonite ,sejenis batu hijau dari planet asal Clark Kent iaitu planet Krypton.Jika Superman berasa dekat dengan batu tersebet,segala kuasanya akan hilang,bahkan dia menjadi lebih lemah berbanding manusia biasa, (Time tu korang pon boleh belasah dia rasanya)

Kuasa Super anda telah Dilemahkan!
anda Hebat,anda Super.Tetapi otak kita banyak dijangkiti oleh "PERISIAN NEGATIF" yang melemahkan kuasa sebenar kita.Jika anda berjaya mengatasinya,saya percaya,tidak kira apa jua keputusan akademik anda sekarang,anda Pasti akan mempertingkatkannya

Tiga PERISISAN NEGATIF yang merosakkan Potensi diri Super anda ialah:
  • MENTALITI MANGSA
  • FOKUS MALANG
  • KITARAN TEWAS
Akan diupdated tentang tiga Perisian Negatif itu kemudian hari..:)
sekian..wasalam

0 000 Pengomen Setia :