STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

2020 : my life and sort of things


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Harini 21/03/2020 bersamaan hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan berjalan. Ini hari pertama aku duduk rumah dendiam sebab hari hari lain aku kena kerja. Sis is berserah saja la walaupun terpaksa berhadapan macam-macam keadaan situasi sekarang ni. Semoga Malaysia n satu dunia akan sembuh dari penyakit Covid19 ni, aminnn. Yang disuruh duduk rumah tu jangan gatai gatai nak keluar, bawak satu family bawak anak anak kecil keluar, bahaya gaisss. Please la sis is emo betul, orang punya la usaha nak duduk rumah, kau boleh bawak family berjalan ingat ini holiday kahhh? fuh sabar kejap, entry kalini pon bukan nak cerita tentang ni sangat, tapi dah tersebut nak jugak cakap, geram tak dapat cuti.

Alhamdulillah walaupun post entry setahun sekali tapi bolehlah hanya nak letak sedikit kenangan untuk disimpan. Terima kasih kepada yang masih berkawan dan bertemu kawan baru untuk tahun 2020 ni. Sedia maklum aku tak sambung belajar lagi , ya insyaAllah ada niat tu, tapi bukan sekarang.

Terima Kasih untuk orang baru yang sayangkan aku, walaupun its take time untuk aku, tapi aku belajar. Belajar untuk terima orang baru, belajar untuk sayang orang. Walaupun tak sebesar sayang dia dekat aku, tapi aku cuba. Dia terlalu baik untuk ditolak dan aku banyak jugak berdoa kalau dia memang jodoh aku, maka dekatkan. Kalau tak, jauhkan hati ini untuk terus sayang dia dan permudahkan segala urusan. 

Aku minta maaf sangat-sangat kalau aku tak layan dia seperti sepatutnya, sebab parut luka dulu sakit sangat, tapi dia faham dan tak pernah sikit pon kisah. Dia just calm ja. Mana la aku tak cakap dia terlalu baikkan.Aku tahu suatu hari nanti dia akan baca entry ni tapi aku nak dia tahu, apa yang aku rasa. Jangan risau aku tak pernah terlintas nak ada lelaki lain sedangkan dia sendiri aku tak terlayan, well aku sibuk dengan kerja and family aku, ya family lagi penting kan, kau pergi jauh mana pun , last last dekat family kau jugak, so family is my priorities. 

Esok 22/03/2020 birthday dia yang ke-22, aku doakan dia diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga yang tercinta, semoga cita-cita tinggi dia suatu hari nanti akan tercapai insyaAllah dengan izinNya dan aku akan sokong 100% dekat belakang dia. Benda murni tak kan nak halangkan. Nak sambut meriah pun tengah perintah berkurung so aku hanya bagi entry ni untuk kenangan dia, bukan senang aku nak tulis tulis ni.

ok bye.. see you when I see you.

image : pinterest